Malaysia bukan condong kepada China, secara geografinya memang dekat dengannya – PM Anwar

SAN FRANCISCO, 15 Nov: Malaysia bukanlah sebuah negara yang condong ke arah China, namun secara geografinya memang negara itu dekat dengan Malaysia dan menjadi rakan serta sekutu yang boleh dipercayai, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.