Lelaki warganegara asing rugi RM62,000 ditipu Pegawai Kastam palsu

MIRI, 14 Nov: Seorang lelaki warganegara asing yang bekerja sebagai kerani di sini, kerugian RM62,000 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan yang menyamar sebagai Pegawai Penguatkuasa Kastam.
Pelamin angan musnah, lelaki kerugian RM30,000 diperdaya isteri orang

SIBU, 14 Nov: Pelamin angan seorang pemuda dari Kuching ‘musnah’ setelah diperdaya tunangnya yang merupakan isteri orang dan dijanjikan untuk berkahwin pada 10 Nov lepas.
Mahkamah Persekutuan dengar semakan hukuman mati, pemenjaraan sepanjang hayat hari ini

PUTRAJAYA, 14 Nov: Mahkamah Persekutuan di sini hari ini mendengar semakan hukuman mati tujuh banduan di bawah Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023 [Akta 847] dan semakan hukuman pemenjaraan sepanjang hayat melibatkan empat individu.
Pelajar, petugas Sekolah Afwa Al Afiyah selamat tiba di selatan Gaza – Siti Nurhaliza

SHAH ALAM, 14 Nov: Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin bersyukur kesemua pelajar dan petugas sekolah Afwa Al Afiyah di Gaza, Palestin yang dibangunkan menerusi Yayasan Nurjiwa berada dalam keadaan baik dan selamat sampai di selatan negara itu.
Hari ke 38 perang di Gaza, angka kematian cecah 11,000 orang

GAZA, 14 Nov: Sekurang-kurangnya 11,540 rakyat Palestin telah terkorban ketika pengeboman Israel di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat memasuki hari ke-38 pada Isnin.
12 pengunjung pusat hiburan ditahan positif dadah

GEORGE TOWN, 14 Nov: Seramai 12 individu yang sedang leka berhibur ditahan polis selepas didapati positif dadah semasa serbuan di sebuah pusat hiburan di Lebuh Chulia di sini, semalam.
Tiga saudara rentung kemalangan baru selesai hantar juadah Deepavali kepada nenek

IPOH, 14 Nov: Tiga bersaudara yang rentung dalam kemalangan jalan raya di Kawasan Perindustrian Bercham dekat sini, malam tadi baru selesai menghantar juadah Deepavali ke rumah nenek mereka di Taman Perpaduan di sini petang semalam.
Parlimen: Penubuhan empat PAWE baharu termasuk di Sarawak diluluskan

KUALA LUMPUR, 14 Nov: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah meluluskan permohonan untuk menubuhkan empat buah Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) baharu di Perak, Sabah, Sarawak dan Terengganu.
‘Train The Trainer’ bentuk generasi profesional industri semikonduktor

KUCHING, 14 Nov: Ahli akademik dan pensyarah institusi pengajian tinggi (IPT) digalakkan menyertai program ‘Train The Trainer’ (TTT) bagi menambah kemahiran mereka dalam reka bentuk litar bersepadu.
Jurutera tempatan anak Sarawak kembali tabur bakti bangunkan industri semikonduktor

KUCHING, 14 Nov: Lebih ramai jurutera anak Sarawak yang bekerja di luar negara akan kembali bagi membantu membangunkan industri semikonduktor tempatan.