Ketepi rindu bersama keluarga rai Deepavali demi rawat pesakit

LIMBANG, 13 Nov: Demi tugas dan khidmat kepada masyarakat, doktor mata ini terpaksa mengenepikan perasaan rindu seketika meraikan Deepavali bersama keluarga tersayang tahun ini.
Sarawak Energy adakan ujian amaran banjir di Lubok Antu

KUCHING, 13 Nov: Sarawak Energy akan menjalankan ujian rutin penting terhadap stesen amaran banjirnya di Lubok Antu pada 15 November ini.
MPOB terus tingkat R&D untuk kembang produk sawit ke pasaran China dan negara Islam – Fadillah

SHANGHAI, 13 Nov: Malaysia menerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan meneruskan penyelidikan dan pembangunannya (R&D) untuk mengembangkan lagi produk nilai tambah berasaskan minyak sawit bagi pasaran China dan juga untuk dieksport ke negara-negara Islam lain.
Bayar caj pengangkutan RM6,000 bawa balik pesakit dari Kuching ke Limbang

LIMBANG, 13 Nov: Penduduk di Limbang terpaksa mengeluarkan perbelanjaan antara RM6,000 hingga RM7,000 untuk mendapatkan kemudahan van persendirian untuk membawa pesakit dan jenazah dari Kuching ke daerah itu.
Rakyat Malaysia di Gaza selamat dievakuasi melalui lintasan sempadan Rafah

PUTRAJAYA, 13 Nov: Rakyat Malaysia Nurul Ain Haron yang berada di kawasan konflik Gaza bersama suaminya warga Palestin Mohamed A.M. Shaat selamat dibawa keluar melalui Lintasan Sempadan Rafah pada Ahad (12 Nov) pukul 8.23 malam waktu tempatan (2.23 pagi waktu Malaysia).
Kesihatan mental kanak-kanak di Gaza kini di tahap kritikal – NGO

RAMALLAH, 13 Nov: Serangan tanpa henti rejim Israel di Semenanjung Gaza memburukkan lagi krisis kesihatan mental kanak-kanak, apabila tiada lagi perkhidmatan kesihatan mental, menurut organisasi bukan kerajaan Save the Children.
Sekurang-kurangnya 40 pekerja India terperangkap dalam runtuhan pembinaan terowong

DEHDARUN, INDIA 13 Nov: Sekurang-kurangnya 40 pekerja binaan terperangkap pada Ahad apabila terowong jalan yang sedang dibina runtuh di utara India.
Isu anak yatim terabai, keprihatinan dan kerjasama masyarakat ditagih

BINTANGOR, 13 Nov: Selain pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam, tidak kurang penting bagi pemimpin akar umbi untuk lebih prihatin tentang isu berkaitan kemanusiaan, keharmonian dan pembinaan modal dan siasah insan.
Unifi TV cadang perluas promosi, eratkan kerjasama dengan TVS di Sarawak

KUCHING, 13 Nov: Perkhidmatan Internet Protocol Television (IPTV), Unifi TV berhasrat untuk memperluaskan pasaran mereka di serata Sarawak melalui kerjasama dengan stesen penyiaran TVS.
Hospital Al-Shifa di Gaza tidak lagi berfungsi sebagai pusat perubatan – WHO

ISTANBUL, 13 Nov: Hospital Al-Shifa di Semenanjung Gaza tidak lagi beroperasi sebagai pusat perubatan, kata Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Ahad.