Jokowi kemuka empat cadangan tamatkan krisis di Gaza

JAKARTA, 12 Nov: Presiden Indonesia Joko Widodo mengemukakan empat cadangan untuk menangani krisis di Gaza iaitu gencatan senjata segera, mempercepat bantuan kemanusiaan, mempertanggungjawabkan Israel ke atas kekejaman yang dilakukan dan menyokong penyelesaian dua negara dengan menyambung semula rundingan damai.

Raja Jordan adakan perbincangan dengan PM Anwar

RIYADH, 12 Nov: Raja Jordan Raja Abdullah II pada Sabtu berkenan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim di luar Sidang Kemuncak Tergempar Liga Arab dan Negara Islam mengenai Gaza.