21 motosikal disita dalam Ops samseng jalanan di Pulau Pinang

BALIK PULAU, 5 Nov: Polis menyita 21 motosikal dalam Ops Samseng Jalanan di sekitar Bayan Lepas dan Bayan Baru bermula 11.30 malam hingga 4 pagi tadi.
15 maut dalam serangan terbaharu Israel ke atas Gaza

GAZA (Palestin), 5 Nov: Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh manakala lebih 70 lagi cedera pada Sabtu dalam serangan udara Israel yang mensasarkan Sekolah Al-Fakhoura di kem pelarian Jabalia di Gaza.
Setelah bergelar wakil rakyat, Iskandar mula tugas lihat kembali hala tuju Jepak

JEPAK, 5 Nov: Setelah memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak pada Pilihan Raya Kecil (PRK), Iskandar Turkee akan memulakan tugasnya dengan melihat kembali hala tuju kawasan pinggir bandar itu sebaik sahaja mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
Pemujur GPS kelai iring Abang Johari dikearap rayat

KUCHING, 5 Nov: Sapit Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas ngasaika pemujur GPS di DUN Jepak nyadi kelai rayat chukup arap ngagai iring Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Tenaga pengajar seni mempertahankan diri ditahan syaki cabul 4 kanak-kanak

SHAH ALAM, 5 Nov: Seorang jurulatih di sebuah pusat seni mempertahankan diri ditahan polis kerana dipercayai mencabul empat kanak-kanak perempuan berusia tujuh hingga sembilan tahun dalam beberapa kejadian berasingan antara Oktober dan September tahun ini.