Nelayan tempatan guna pukat tunda ditahan di Tanjung Manis
TANJUNG MANIS, 4 Nov: Dua nelayan tempatan yang sedang menangkap ikan menggunakan pukat tunda di sini ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Tanjung Manis dalam satu operasi pada Jumaat.
PRK Jepak: Iskandar Turkee serta isteri mengundi di SK Bintulu
BINTULU, 4 Nov: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Iskandar Turkee serta isteri Dayang Loha Awang Sahari menunaikan tanggungjawab membuang undi di Sekolah Kebangsaan (SK) Bintulu pada kira-kira 8.45 pagi.
PETROS, penaja utama Sarawak Regatta tahun ini
KUCHING, 4 Nov: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) setia menyokong legasi Sarawak Regatta dengan tampil sebagai penaja utama tahun ini.
Petronas bantu Sarawak tubuh OSEIC seluruh negeri, salur dana RM4 juta – Fatimah
KUCHING, 4 Nov: Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk memperluaskan Pusat Sehenti Intervensi Awal (OSEIC) di seluruh negeri dengan sokongan Petronas berjumlah RM4 juta.
50 maut dalam gempa bumi Nepal, gegaran turut dirasai di India Utara
NEW DELHI, 4 Nov: Lebih kurang 50 orang terbunuh dan puluhan cedera selepas gempa bumi dengan magnitud 6.4 melanda Nepal pada Jumaat malam, dengan gegaran dirasai sejauh Delhi, di India.