MoU antara SME Malaysia dan Enterprise Singapore bakal dorong pertumbuhan PMKS
KUALA LUMPUR, 2 Nov: Satu memorandum persefahaman (MoU) dimeterai antara SME Corporation Malaysia (SME Corp Malaysia) dan Enterprise Singapore di Singapura pada 30 Okt lepas yang bertujuan merintis jalan ke arah memperkukuh hubungan dua hala dan mendorong pertumbuhan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) kedua-dua negara.
PRK Jepak: Peranan semua pihak penting dalam memastikan GPS menang besar
JEPAK, 2 Nov: Semua pemilih berdaftar dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak berperanan penting dalam misi Gabungan Parti Sarawak (GPS) meraih kemenangan dengan majoriti besar pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Jepak pada 4 November ini.
Kementerian Pendidikan beri input cadangan Sarawak perkenal peperiksaan ganti UPSR
KUALA LUMPUR, 2 Nov: Kementerian Pendidikan (KPM) akan memberi input kepada Sarawak berhubung cadangan merangka sistem penilaian sendiri bagi menggantikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk murid Tahun Enam di semua sekolah kerajaan di negeri itu.
Cuaca panas antara tarikan pelancong Eropah ke Sarawak – Abdul Karim
KUCHING, 2 Nov: Sarawak dan Malaysia amnya menjadi destinasi tarikan bagi para pelancong dari negara-negara Eropah kerana faktor antara lainnya cuacanya yang panas.
Pemberian tunai kepada golongan B40 lebih baik berbanding subsidi
KUCHING, 2 Nov: Pemberian wang tunai kepada golongan B40 lebih baik berbanding pemberian subsidi kerana mereka lebih mengetahui akan keperluan dan kehendak masing-masing.