Vietnam, Kemboja tunjuk minat guna mata wang tempatan untuk perdagangan – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 17 Okt: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Vietnam dan Kemboja menunjukkan minat untuk berdagang menggunakan mata wang tempatan sebagai satu langkah untuk mengurangkan kebergantungan kepada dolar Amerika Syarikat (AS).
Lumba bot RC jadi tumpuan pada Pesta Bintangor 2024

SARIKEI, 17 Okt: Perlumbaan bot kawalan radio (RC) merupakan tumpuan utama Pesta Bintangor 2024 akan datang, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing.
Dua rumah terbakar, 9 penghuni hilang tempat berteduh

SIBU, 17 Okt: Seramai sembilan penghuni hilang tempat tinggal selepas dua buah rumah di Jalan Kapor, Bukit Lima dekat sini terbakar awal pagi tadi.
ISN, MPM, MSN bincang wujudkan pusat rujukan klasifikasi sukan para – Hannah

SEPANG, 17 Okt: Institut Sukan Negara (ISN) bersama Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) dan Majlis Sukan Negara (MSN) sedang berbincang untuk mewujudkan sebuah pusat rujukan klasifikasi sukan para.
Blackberry nyata hasrat mahu kolaborasi dengan Malaysia – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 17 Okt: BlackBerry, syarikat utama Kanada yang menawarkan perisian dan perkhidmatan penyelesaian keselamatan siber, menyatakan hasrat untuk menopang pertumbuhan ekonomi negara menerusi kolaborasi bersama Malaysia.