Tukang gunting rambut direman susulan bayi ditemukan dalam bakul pakaian

ALOR SETAR, 15 Okt: Seorang tukang gunting rambut direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes penemuan seorang bayi perempuan baharu lahir di dalam bakul pakaian di kawasan ladang getah di Kampung Datuk Syed Ahmad, Pendang dekat sini pada Jumaat.
Program Literasi Outdoor Perdana tutup takwim program keagamaan KEMAS Samarahan

ASAJAYA, 15 Okt: Program Literasi Outdoor Perdana bersempena Sambutan Maulidur Rasul 1445 Hijrah/Tahun 2023 menutup tirai program keagamaan anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Samarahan.
Dua lelaki maut kena renjatan elektrik ketika berniaga burger

IPOH, 15 Okt: Dua lelaki yang sedang berniaga burger di sebuah gerai di Taman Bercham Raya di sini maut selepas dipercayai terkena renjatan elektrik di gerai itu awal pagi tadi.
KKDW guna RM20 juta menerusi Belanjawan 2024 bangunkan Tabika Tahfiz KEMAS

ASAJAYA, 15 Okt: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan menggunakan sebanyak RM20 juta daripada peruntukan sebanyak RM568 juta yang diterima pada pembentangan Belanjawan 2024 bagi pembangunan Tabika Tahfiz Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).
Opis Pelilih patut chakah nanam kayu dikena ngemanah landskap pasar

BETONG, 15 Okt: Opis Pelilih Bagi Menua Betong diperansang bekerejasama enggau Opis Kampung Sarawak (JHS) ngemujurka inisiatif nanam kayu ba kandang endur tauka pasar ke dijaga sida.
Mayat mangsa disambar buaya di Sungai Skrang ditemukan dengan kesan gigitan di leher dan kepala

BETONG, 15 Okt: Mayat tuai rumah, mangsa yang disambar buaya di Sungai Skrang, di Rumah Baloi Skim Skrang di sini, semalam, ditemukan pagi tadi.
Kerajaan sasar 50 peratus kawasan luar bandar dapat liputan 5G pertengahan 2024 – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 15 Okt: Kerajaan menyasarkan untuk memastikan sekurang-kurangnya 50 peratus kawasan luar bandar di negara ini, mendapat liputan telekomunikasi teknologi 5G pada pertengahan tahun depan.
Kereta terbakar selepas langgar pembahagi tol, pemandu maut

IPOH, 15 Okt: Seorang pemandu maut apabila kenderaan yang dipandunya terbakar selepas melanggar pembahagi tol dalam kejadian di Plaza Tol Sitiawan, Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) lewat malam tadi.
Kanak-kanak maut disyaki didera, tiga ditahan bantu siasatan

IPOH,15 Okt: Polis hari ini menahan seorang duda dan ibu bapanya bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dua bulan yang disyaki didera di Bagan Serai, semalam.