Permohonan reman empat suspek kes rasuah ditolak

KUCHING, 11 Okt: Mahkamah Majistret Kuching menolak permohonan reman empat individu termasuk seorang pengarah jabatan kerajaan, dua penjawat awam dan seorang pengurus pelaburan amanah yang disyaki terlibat memberi dan menerima suapan bernilai jutaan ringgit termasuk dalam bentuk kenderaan dan kediaman.

Sejumlah 47,909 individu berpendapatan rendah terima manfaat IPR

KUALA LUMPUR, 11 Okt: Sejumlah 128,124 permohonan di bawah Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) diterima Kementerian Ekonomi setakat 5 Oktober 2023, daripada jumlah tersebut sebanyak 47,909 individu daripada kategori berpendapatan rendah layak untuk dipadankan dengan tiga inisiatif rintis IPR.

MOSTI bangun kod etika, tadbir urus AI yang dijangka siap 2024

KUALA LUMPUR, 11 Okt: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia, wakil agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi serta pihak industri sedang membangunkan kod etika dan tadbir urus kecerdasan buatan (AI).