Permohonan reman empat suspek kes rasuah ditolak

KUCHING, 11 Okt: Mahkamah Majistret Kuching menolak permohonan reman empat individu termasuk seorang pengarah jabatan kerajaan, dua penjawat awam dan seorang pengurus pelaburan amanah yang disyaki terlibat memberi dan menerima suapan bernilai jutaan ringgit termasuk dalam bentuk kenderaan dan kediaman.
LPPSA: Kaedah penjadualan semula bayaran balik bantu kurangkan beban peminjam

KUALA LUMPUR, 11 Okt: Kaedah penjadualan semula bayaran balik pinjaman Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) dilihat lebih membantu peminjam berbanding pemberhentian bayaran balik sehingga rumah siap.
Sarawak kehilangan pentadbir, pengurus dan ahli ekonomi – Abang Johari

KUCHING, 11 Okt: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan pemergian Allahyarham Tan Sri Datuk Amar Bujang Nor sebagai kehilangan besar kepada Sarawak.
Sejumlah 47,909 individu berpendapatan rendah terima manfaat IPR

KUALA LUMPUR, 11 Okt: Sejumlah 128,124 permohonan di bawah Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) diterima Kementerian Ekonomi setakat 5 Oktober 2023, daripada jumlah tersebut sebanyak 47,909 individu daripada kategori berpendapatan rendah layak untuk dipadankan dengan tiga inisiatif rintis IPR.
MOSTI bangun kod etika, tadbir urus AI yang dijangka siap 2024

KUALA LUMPUR, 11 Okt: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia, wakil agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi serta pihak industri sedang membangunkan kod etika dan tadbir urus kecerdasan buatan (AI).
SABERKAS platform tepat lahir modal insan cemerlang, pemimpin masa depan

KUCHING, 11 Okt: Pertubuhan Kebangsaan Belia Bersatu Sarawak (SABERKAS) menjadi platform tepat dalam usaha melahirkan modal insan cemerlang dan pemimpin masa depan untuk meneruskan agenda pembangunan negeri.
Pengarah jabatan kerajaan antara empat individu ditahan SPRM disyaki babit suapan jutaan ringgit

KUCHING, 11 Okt: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan empat individu yang terdiri daripada dua penjawat awam termasuk pengarah jabatan kerajaan, pemilik syarikat dan pengurus pelaburan amanah yang disyaki terlibat memberi dan menerima suapan bernilai jutaan ringgit termasuk dalam bentuk kenderaan dan kediaman.
Sarawak perlukan lebih ramai pereka bentuk semikonduktor

KUCHING, 11 Okt: Sarawak memerlukan lebih ramai pereka bentuk semikonduktor untuk membantu meningkatkan kualiti kelengkapan penjagaan kesihatan negeri ini.
14 tangki air bangunan Kuarters APMM di Miri terbakar

MIRI, 11 Okt: Sebanyak 14 tangki air kosong yang terletak di Tingkat 8 Bangunan Kuarters Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Melayu 1 yang sedang dalam pembinaan musnah terbakar di sini, pada Selasa.
Belanjawan Sarawak 2024: Abang Johari beri bayangan tambahan khas untuk aktiviti penyelidikan

KUCHING, 11 Okt: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi bayangan akan menambah peruntukan khas berkaitan pelaksanaan aktiviti-aktiviti penyelidikan dalam Belanjawan Sarawak 2024 kelak.