Penanaman padi di Sri Aman guna teknologi baharu, keluarkan hasil tiga kali setahun – Abang Johari

SRI AMAN, 1 Okt: Kerajaan Sarawak akan membangunkan kawasan penanaman padi di Sri Aman yang mampu mengeluarkan hasil sebanyak tiga kali setahun, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
SME Corp sediakan geran khusus untuk usahawan Sabah dan Sarawak

KUCHING, 1 Okt: SME Corp Malaysia (SME Corp) menyediakan geran khusus untuk membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Sabah dan Sarawak berkembang.
Dewan Terengganu bersidang tanpa pembangkang

KUALA TERENGGANU, 1 Okt: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu kali ke-15 yang bermula di sini hari ini mencipta sejarah dengan ketiadaan blok pembangkang.
Lebih 16 ribu meriahkan majlis ilmu Kembara Cinta Rasul

KUCHING, 1 Okt: Lebih 16,000 umat Islam hadir meraikan Kembara Cinta Rasul Petra Jaya bersama pendakwah terkenal Indonesia, Ustaz Abdul Somad di Masjid Jamek Petra Jaya malam tadi.
SPRM berazam kurangkan ketirisan, kembalikan aset dan dana negara – Azam Baki

PUTRAJAYA, 1 Okt: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memfokus kepada usaha membantu meningkatkan semula ekonomi negara dengan mengurangkan ketirisan dan mengembalikan kekayaan negara, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki.
Liga Super: Jaringan penalti Ifedayo pemisah KL City, Kedah

KUALA LUMPUR, 1 Okt: Jaringan penalti penyerang import dari Nigeria, Ifedayo Olusegun berjaya membantu Kedah Darul Aman FC menang tipis menentang Kuala Lumpur City (KL City), 1-0 pada saingan Liga Super 2023 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras di sini semalam.
Aktiviti seni, budaya perlu diperkasa seiring kemajuan ekonomi – PM Anwar

PUTRAJAYA, 1 Okt: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu aktiviti seni dan budaya di Malaysia diperkasakan seiring kemajuan ekonomi, dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) memainkan peranan penting untuk memartabatkan aktiviti berkenaan.
Pelari pecut sensasi Malaysia raih gangsa 100 meter Sukan Asia

HANGZHOU, 1 Okt: Pelari pecut sensasi Malaysia Muhammad Azeem Mohd Fahmi mempamerkan larian hebat untuk meraih pingat gangsa dalam acara 100 meter lelaki di Stadium Olimpik Hangzhou, di sini malam ini.
Mayat lelaki dipercayai pelancong India ditemukan dalam sungai di Cameron Highland

IPOH, 1 Okt: Satu mayat lelaki dipercayai pelancong India yang hilang ketika mendaki Gunung Jasar, Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang ditemukan di dalam sungai di kawasan sempadan Perak-Pahang semalam.