Kumpulan Marhaban Persatuan Melayu Limbang juara pertandingan zikir marhaban

KUCHING, 25 Sept: Kumpulan Marhaban Persatuan Melayu Limbang dinobatkan sebagai juara Pertandingan Zikir Marhaban Peringkat Sarawak anjuran Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS).
Manfaat teknologi moden tingkatkan mutu produk pertanian

KUCHING, 25 Sept: Teknologi dalam bidang pertanian dan penghasilan makanan tidak wajar sekadar kekal sebagai bahan akademik, sebaliknya dimanfaat untuk menghasilkan produk lebih bermutu dan berskala besar.
Scoot tambah kekerapan penerbangan antara Singapura dan Miri tahun hadapan

MIRI, 25 Sept: Syarikat penerbangan tambang rendah Scoot dan Singapore Airlines (SIA) akan menambah jumlah penerbangan antara Singapura dan Miri pada tahun hadapan.
Polis tahan lelaki Indonesia, rampas dadah lebih RM1.9 juta

KUALA SELANGOR, 25 Sept: Polis menahan seorang lelaki warga Indonesia dan merampas 60.3 kilogram (kg) dadah dipercayai jenis syabu dan ekstasi bernilai lebih RM1.9 juta dalam serbuan di sekitar jeti nelayan di Sungai Buloh, Jeram di sini Jumaat lepas.
Ular sawa seberat 50 kilogram telan angsa ditangkap

SIBU, 25 Sept: Seekor ular sawa seberat 50 kilogram, sepanjang lima meter ditangkap di dalam reban selepas menelan seekor angsa di Kampung Jeriah di sini, hari ini.
Lapan warga Sarawak mangsa penipuan pekerjaan di Myanmar

KUCHING, 25 Sept: Lapan lelaki warga Sarawak yang berusia antara 25 hingga 35 tahun menjadi mangsa penipuan pekerjaan di Myanmar.
Seorang lelaki maut ditembak selepas serang anggota polis

MACHANG, 25 Sept: Seorang lelaki berusia 33 tahun maut ditembak selepas disyaki menyerang anggota polis dengan menggunakan senjata tajam di Kampung Joh, Labok, di sini, awal pagi tadi.
Cadangan kajian kebolehlaksanaan jaringan rel, udara ke Kalimantan dalam pertimbangan

KUALA LUMPUR, 25 Sept: Kementerian Pengangkutan telah mengemukakan permohonan untuk melaksanakan kajian kemungkinan jajaran jaringan logistik melalui rel dan udara dari Sabah dan Sarawak ke Kalimantan, Indonesia.
Affendi sedia sumbang khidmat bakti kepada Sarawak

KUCHING, 25 Sept: Jeneral Tan Sri Affendi Buang yang akan bersara sebagai Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedia memberikan khidmat kepada Kerajaan Sarawak jika diperlukan.
Sembilan maut, seorang hilang dalam kebakaran kilang bola golf di Taiwan

TAIPEI, 25 Sept: Operasi mencari dan menyelamat diteruskan pada Isnin bagi mengesan seorang pekerja yang hilang dalam letupan di sebuah kilang bola golf di selatan Taiwan yang meragut sembilan nyawa, kata pihak berkuasa tempatan.