Perubahan iklim: Anwar gesa negara maju tunaikan komitmen sediakan RM100 bilion setahun

NEW YORK, 22 Sept: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menggesa negara maju menunaikan komitmen mereka untuk menyediakan US$100 bilion setahun bagi menyokong negara membangun terhadap usaha aspirasi iklim sambil menyedari sejumlah trilion dolar setahun akan diperlukan di masa hadapan.
Petani di Sarawak daftar e-TANI kerajaan beri insentif bersasar – Stephen

KUCHING, 22 Sept: Para petani di negeri ini disarankan mendaftar dalam sistem e-TANI sebagai inisiatif kerajaan menyediakan insentif bersasar sesuai dengan tanaman yang diusahakan mereka, kata Dato Sri Dr Stephen Rundi Atom.
Kaji model Australia untuk sumber dan industri bekalan air Sarawak

KUCHING, 22 Sept: Lawatan ke Jabatan Air dan Peraturan Alam Sekitar (DWER) di Perth, Australia hari ini disifatkan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Julaihi Narawi sebagai penting bagi menambah baik model bekalan air di Sarawak.
Atlet boling negara, Nerosha Keligit Thiagarajan peluk Islam

KUCHING, 22 Sept: Atlet boling wanita negara, Nerosha Keligit Thiagarajan dilaporkan memeluk Islam, pada Khamis.
Braille: Titik-titik abjad sinari hidup OKU penglihatan – Fatimah

KUCHING, 22 Sept: Bengkel Literasi Braille menjadi ruang untuk merapatkan jurang antara orang ramai dan golongan kurang upaya (OKU) penglihatan dalam membina sebuah masyarakat yang inklusif.
Dua bersaudara dari Sarikei dipaksa jadi ‘scammer’ di Myanmar merayu diselamatkan

SARIKEI, 22 Sept: Dua bersaudara berasal dari Sarikei merupakan antara rakyat Malaysia yang merayu agar diselamatkan berikutan menjadi mangsa pemerdagangan dan dipaksa bekerja sebagai ‘scammer’ oleh satu sindiket di Myanmar.
Peruntukan bina infrastruktur projek padi Sarawak akan dibincang – TPM Fadillah

KUCHING, 22 Sept: Kerajaan Persekutuan akan berbincang mengenai peruntukan untuk membina infrastruktur projek penanaman padi di Sarawak, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Polis harus lakukan siasatan penuh integriti

SIBU, 22 Sept: Warga polis diingatkan agar melakukan siasatan dengan penuh integriti terhadap sebarang aduan yang diterima demi menjaga integriti kerja dalam kalangan masyarakat.
Belia perlu dalami teknologi rantaian blok – Sebastian

MIRI, 22 Sept: Belia di negeri ini perlu mendalami teknologi rantaian blok agar golongan itu peka terhadap perkembangan industri berkaitan, kata Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew.
Seni Kita Weekend: Subcultures sajikan dua pameran, bermula esok

KUCHING, 22 Sept: Seni Kita ‘Weekend: Subcultures’ siri ketiga 2023 bakal kembali pada esok, 23 dan 24 Sept di HAUS KCH mengenegahkan acara subbudaya sekali gus melancarkan dua pameran seni kontemporari.