Dua maut, lori langgar beberapa kenderaan di Putrajaya

PUTRAJAYA, 20 Sept: Dua lelaki maut dalam kemalangan melibatkan pelanggaran sebuah lori dengan beberapa kenderaan termasuk motosikal anggota polis trafik di KM5.7 Jalan Persiaran Utara menghala Puchong di sini hari ini.
Laos lapor kes cacar monyet pertama

VIENTIANE, 20 Sept: Kementerian Kesihatan Laos telah mengesahkan kes pertama cacar monyet di negara itu, dan menyeru pegawai kesihatan di seluruh negara untuk sentiasa berwaspada terhadap lebih banyak kes virus tersebut, lapor Xinhua.
Bekalan beras tempatan kembali stabil dalam sebulan ini – Mohamad Sabu

KEPALA BATAS, 20 Sept: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan memberi jaminan bahawa bekalan beras tempatan akan kembali stabil dalam tempoh sebulan ini.
18 pegawai, anggota dibuang kerja – Ketua Polis KL

KUALA LUMPUR, 20 Sept: Seramai 18 pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPPKKL) dikenakan tindakan buang kerja atas kesalahan dadah, tidak hadir bertugas dan jenayah dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini.
Dua syarikat utama AS bakal kembangkan operasi ke Malaysia – Tengku Zafrul

NEW YORK, 20 Sept: Dua firma elektrik dan elektronik (E&E) utama Amerika Syarikat (AS) bakal mengembangkan operasi mereka ke Malaysia dan satu daripadanya dijangka melabur sekurang-kurangnya RM500 juta.
Malaysia kutuk keras serbuan di Masjid Al-Aqsa, serangan ke atas penduduk Palestin

PUTRAJAYA, 20 Sept: Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serbuan di Masjid Al-Aqsa oleh ekstremis Israel pada Ahad (17 Sept), yang juga menyerang umat Islam Palestin di salah satu pintu masuk ke perkarangan masjid di Baitulmaqdis Timur.
Orientasi semula keutamaan pelaburan untuk capai SDG pada 2030 – Gabenor BNM

KUALA LUMPUR, 19 Sept: Melaksanakan perubahan pada kepantasan dan skala yang diperlukan untuk mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) menjelang 2030 memerlukan orientasi semula keutamaan pelaburan agar sejajar dengan prinsip lebih mampan dan berasaskan nilai dalam sektor kewangan, kata Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Abdul Rasheed Ghaffour.
Selamat jalan “Blake”, anjing pengesan insiden tanah runtuh Batang Kali sudah tiada

KUALA LUMPUR, 20 Sept: Anjing pengesan milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Blake yang mencuri perhatian umum dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah runtuh di Batang Kali Disember lepas, ditidurkan selepas dikesan menghidap barah limfoma.
Sasar pendapatan RM6,000 sebulan setiap keluarga tani menjelang 2030

KUCHING, 20 Sept: Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS) terus komited memajukan bidang pertanian terutama melibatkan ahli-ahli peladang sejajar dengan sasaran Kerajaan Sarawak untuk mencapai pendapatan sebanyak RM6,000 sebulan bagi setiap keluarga tani menjelang tahun 2030.
Pemandu, dua penumpang maut bas ekspres terbabas

KUANTAN, 20 Sept: Tiga lelaki maut selepas bas ekspres dua tingkat dinaiki mereka terbabas di Kilometer 81 Jalan Lipis-Merapoh berhampiran Kampung Kubang Rusa, kira-kira 90 kilometer dari Kuala Lipis, awal pagi tadi.