Kajian Separuh Penggal RMK12: 151 Ahli Parlimen bahas, sesi penggulungan minggu depan

KUALA LUMPUR, 15 Sept: Masalah kekurangan beras, pembangunan infrastruktur terutama di Sabah dan Sarawak, perumahan, rasuah dan pelaksanaan subsidi bersasar adalah antara isu yang dibawa oleh Ahli Parlimen pada perbahasan usul Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat.