Nahas pesawat di Elmina: Tidak mungkin dapat diselamatkan – Laporan awal AAIB

KUALA LUMPUR, 15 Sept: Laporan awal mengenai nahas pesawat Pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam sehingga mengorbankan nyawa bulan lepas mendedahkan bahawa, mangsa kemalangan itu tidak mungkin dapat diselamatkan (not survivable) disebabkan magnitud daya hentaman kuat (deceleration force) dan kebakaran dahsyat susulan nahas.

Peruntukan khas RM3 juta bagi galakkan pengkarya seni Sarawak dan Sabah hasilkan kandungan berkualiti

KUCHING, 15 Sept: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) mengagihkan peruntukan khas berjumlah RM3 juta menerusi Dana Kandungan Digital (DKD) kepada pengkarya seni di Sarawak dan Sabah bagi menggalakkan penerbitan berkualiti di kedua-dua negeri itu, kata menterinya Fahmi Fadzil.

Kajian Separuh Penggal RMK12: 151 Ahli Parlimen bahas, sesi penggulungan minggu depan

KUALA LUMPUR, 15 Sept: Masalah kekurangan beras, pembangunan infrastruktur terutama di Sabah dan Sarawak, perumahan, rasuah dan pelaksanaan subsidi bersasar adalah antara isu yang dibawa oleh Ahli Parlimen pada perbahasan usul Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat.