Agong berangkat pulang ke Kuala Lumpur, Kembara Kenali Borneo tamat

KUCHING, 13 Sept: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat pulang ke Kuala Lumpur awal petang tadi selepas menamatkan Kembara Kenali Borneo di Sarawak hari ini.
Yang di-Pertuan Agong tunjuk contoh yang baik selaku Ketua Negara – Dr. Sim

KUCHING, 13 Sept: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah menunjukkan contoh yang baik sebagai Ketua Negara kerana mencemar duli menyantuni rakyat Sarawak sepanjang Kembara Borneo yang berakhir di Telok Melano hari ini.
Masjid Telok Melano dinamakan Masjid Al-Sultan Abdullah

SEMATAN, 13 Sept: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menamakan masjid di Telok Melano sebagai Masjid Al-Sultan Abdullah.
Peniaga di Sarikei tidak sangka nasi gulai diberi kepada Agong tular

SARIKEI, 13 Sept: Seorang peniaga, Muhammad Hamidi Fikri Amran tidak menyangka nasi gulai yang diserahkannya kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam tular di laman sosial.
Agong berkenan dengar sembah taklimat projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak

SEMATAN, 13 Sept: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mendengar sembah taklimat berhubung latar belakang dan status pelaksanaan Projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sarawak yang kini mencapai tahap 97 peratus siap.
Lebuhraya Pan Borneo: Agong zahir ucapan terima kasih kepada Najib

KUCHING, 13 September: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan terima kasih kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan dahulu atas inisiatif membina Lebuhraya Pan Borneo.
Demi tandatangan Agong, rela memandu dari Simunjan ke Telok Melano

SEMATAN, 13 Sept: Bertolak dari rumahnya di Simunjan pada 3:30 pagi dan tiba di Telok Melano pada 6 pagi, malah sanggup menunggu ketibaan rombongan Kembara Kenali Borneo selama berjam-jam.
Panik dimarahi, wanita ‘serah’ RM600,000 kepada ‘scammer’

SIBU, 13 Sept: Seorang wanita di sini kerugian RM600,000 apabila diperdaya ‘scammer’.
Kembara Kenali Borneo gambaran terbaik perpaduan rakyat Malaysia – Jeniri

KUCHING, 13 Sept: Kembara Kenali Borneo Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dari Sabah dan Sarawak yang bermula 3 hingga 13 September adalah teladan terbaik dalam menggambarkan semangat perpaduan rakyat Malaysia.
Hujan berterusan, cuaca sejuk tidak patahkan semangat, misi KDJA tawan Kinabalu berjaya

KOTA KINABALU, 13 Sept: Misi kumpulan Persatuan Penulis Bahagian Kuching (KDJA) menawan puncak Gunung Kinabalu sempena Hari Malaysia yang disambut 16 September ini berjaya walaupun terjejas akibat hujan lebat berterusan dan cuaca sejuk semalam.