21 individu terlibat nahas 6 kenderaan, seorang maut

NIBONG TEBAL, 10 Sept: Seorang terkorban manakala 20 lagi cedera dalam nahas jalan raya membabitkan enam kenderaan termasuk dua buah treler di Kilometer 164.8 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara dekat Jawi di sini.

Hari Malaysia: 30 bot nelayan konvoi kibar Jalur Gemilang

JASIN, 10 Sept: Kira-kira 30 bot nelayan yang dihiasi dengan Jalur Gemilang hari ini menyertai perarakan konvoi bot berhias sempena program Semarak Gemilang 2023 peringkat daerah Jasin bagi menyemarakkan sambutan Hari Malaysia.

Anak Sabah, Sarawak rai kepelbagaian di Semenanjung

KUALA LUMPUR, 10 Sept: Gilbert Francis Untam berhijrah dari Rumah Panjang Malam di Nanga Tada, Kanowit ke ibu negara pada 1989 ketika baru berusia 17 tahun kerana ingin menuntut ilmu dan tinggal bersama abang yang bekerja di sebuah syarikat minyak dan gas ketika itu.

Tak sempat bersarapan, teruja sambut keberangkatan tiba Agong dan Permaisuri

BINTULU, 10 Sept: Penduduk di rumah panjang Kayan Kenyah Rumah Luhat di sini amat teruja menyambut keberangkatan tiba  Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayattuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Kasih kepada Agong, Permaisuri manifestasi sayang rakyat Sabah kepada Malaysia

KOTA KINABALU, 10 Sept: Kasih ditunjukkan rakyat Sabah kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sewaktu Kembara Kenali Borneo menunjukkan manifestasi rasa sayang yang amat besar buat Malaysia.