Pemangku TYT sambut ketibaan Yang di-Pertuan Agong, Permaisuri di Lawas petang ini
LAWAS, 7 Sept: Pemangku Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Awang Asfia Awang Nasar tiba Lawas menyambut ketibaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang dijadualkan tiba di sini sekitar jam 3.30 petang ini.
Sarawak akan bekalkan tenaga elektrik ke Singapura – Julaihi
KUCHING, 7 Sept: Sarawak bersetuju untuk membekalkan tenaga elektrik ke Singapura dengan kapasiti 1,000 megawatt, kata Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Julaihi Narawi.
Ketibaan Agong, Permaisuri pada 9 Sept, amat dinanti-nantikan warga Miri
MIRI, 7 Sept: Ketibaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ke Miri pada 9 September ini sempena Kembara Kenali Borneo amat dinanti-nantikan rakyat di sini, kata Datuk Bandaraya Miri, Adam Yii Siew Sang.
Bermula di Lawas, Agong teruskan Kembara Kenali Borneo temui rakyat Sarawak
KUCHING, 7 Sept: Perjalanan Kembara Kenali Borneo Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Maimunah Iskandariah mencecah hampir 1,000 kilometer apabila tiba di Lawas, bandar paling utara di Sarawak, hari ini.
Jualan Proton melebihi 100,000 unit untuk 2023, Ogos catat 13,955 unit
KUALA LUMPUR, 7 Sept: Jualan Proton Holdings Bhd (Proton) melepasi 100,000 unit, dengan 13,955 unit dicatatkan pada Ogos 2023, menjadikan jumlah jualan sejak awal tahun sehingga kini (YTD) kepada 104,602 unit.