132 pelajar dari DUN Pantai Damai terima Insentif Pelajar IPT

KUCHING, 2 Sept: Seramai 132 orang pelajar menerima insentif untuk melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) di dalam dan luar negara pada Majlis Penyampaian Insentif Pelajar IPT kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai hari ini.

Raja Thailand perkenan Kabinet baharu

BANGKOK, 2 Sept: Raja Thailand Maha Vajiralongkorn hari ini memperkenankan anggota Kabinet baharu Perdana Menteri Srettha Thavisin, beberapa bulan selepas Pilihan Raya Umum 14 Mei.

77 ekor kucing sertai DBKU-CFA International Cat Show

KUCHING, 2 Sept: Seramai 33 peserta melibatkan sebanyak 77 ekor kucing mengambil bahagian pada DBKU-CFA International Cat Show anjuran Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) yang berlangsung dua hari bermula hari ini sehingga esok bertempat di Arcum Tent, Majma Mall, Jalan P. Ramlee, di sini.

Pengilang padi, pemborong beras diminta tingkat bekalan 20 peratus, langkah pulih bekalan di pasaran

PUTRAJAYA, 2 Sept: Pengilang padi dan pemborong beras diminta untuk meningkatkan bekalan beras putih tempatan (BPT) sebanyak 20 peratus menerusi Program Khas Beras Putih Tempatan, sebagai langkah intervensi memulihkan bekalan itu di pasaran.