Kolej Thailand tubuhkan Kursi Ismail Sabri perkasa Bahasa Melayu

BANGKOK, 28 Ogos: Thai Global Business Administration Technological College (TGBC), Thailand hari ini secara rasmi menubuhkan Kursi Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk memperkasa Bahasa Melayu di rantau ini.
IRS 2023, usaha tangani isu penyalahgunaan dadah dan substan

KUCHING, 28 Ogos: Penganjuran International Recovery Symposium 2023 (IRS 2023) buat julung kalinya di Sarawak pada 18 sehingga 21 September ini merupakan usaha untuk menangani isu penyalahgunaan dadah dan substan (MIDS) peringkat antarabangsa.
Pereka fesyen Sarawak tampilkan rekaan inspirasi zaman kolonial di KLFW 2023

KUALA LUMPUR, 28 Ogos: Pereka fesyen berasal Sarawak, Keith Sam yang kali pertama menyertai Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) 2023 tampil dengan idea segar pada rekaannya.
Petico, peruncit makanan haiwan Malaysia ambil alih aset Perromart Singapura

SINGAPURA, 28 Ogos: Petico, salah satu peruncit makanan haiwan peliharaan yang paling pesat berkembang di Malaysia, telah memperoleh aset peruncit makanan haiwan Singapura yang gagal, iaitu Perromart bagi membuka jalan pengembangannya merentasi Tambak dan negara-negara lain di Asia Tenggara.
Veteran Australia, New Zealand berkumpul di Kuching sempena upacara peringatan

KUCHING, 28 Ogos: Sambutan Bulan Kebangsaan sampai ke satu lagi kemuncak dengan berlangsungnya upacara peringatan sempena ulang tahun ke-57 berakhirnya Konfrantasi Indonesia pada 1966, di Makam Pahlawan Sarawak di sini hari ini.
Laksa Sarawak antara hidangan utama Aloft KL Sentral

KUALA LUMPUR, 28 Ogos: Makanan warisan di Bumi Kenyalang, Laksa Sarawak merupakan antara hidangan yang digemari ramai di Hotel Aloft KL Sentral.
Tiga wanita warga Singapura maut dalam kemalangan di Kota Tinggi

JOHOR BAHRU, 28 Ogos: Tiga wanita warga Singapura maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan lori sampah Roll On Roll Off (RORO) di Jalan Kota Tinggi-Kluang, dekat Ladang Cenas, Bandar Tenggara, Kota Tinggi, tengah hari tadi.
YDPA dan Raja Permaisuri Agong dijadual berangkat tiba di Sarawak menerusi ICQ Merapok

KUCHING, 28 Ogos: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dijangka berangkat tiba di Sarawak pada 7 September depan sempena Kembara Kenali Borneo.
Sembilan individu diberkas kes dera bayi lelaki hingga maut

BUKIT MERTAJAM, 28 Ogos: Polis menahan sembilan individu di sekitar Seberang Perai di sini bagi membantu siasatan berhubung kes kematian seorang bayi lelaki berusia setahun dipercayai akibat didera.
11,000 pelari dijangka sertai Kuching Marathon 2023

KUCHING, 28 Ogos: Kuching Marathon 2023 yang memasuki edisi kelapan penganjurannya dijangka akan menarik penyertaan lebih 11,000 peserta.