KPM beri perhatian, komitmen besar untuk pendidikan di Sabah dan Sarawak – Fadhlina

SEMPORNA, 25 Ogos: Kementerian Pendidikan (KPM) memberi perhatian serta komitmen besar terhadap bidang pendidikan terutama kebajikan pelajar serta pembangunan sekolah-sekolah daif di Sabah dan Sarawak, kata Menterinya Fadhlina Sidek.
PRK Pulai dan Simpang Jeram bermula dengan penamaan calon esok

JOHOR BAHRU, 25 Ogos: Bahang pilihan raya yang baharu sahaja reda di enam negeri kini beralih ke negeri ‘Harimau Selatan’ apabila pertarungan merebut kerusi Parlimen Pulai, di sini, dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, di Muar, bermula dengan hari penamaan calon esok.
Umat Islam perlu jadi model peranan dalam segala aspek kehidupan – Mohd Na’im

KUALA LUMPUR, 25 Ogos: Umat Islam perlu menjadi model peranan bagi semua manusia dalam segala aspek kehidupan bermula daripada keperibadian mulia, integriti, rohani dan duniawi.
Sarawak cadang hantar pelajar ke Norway pelajari teknologi berkaitan karbon

OSLO, 25 Ogos: Kerajaan Sarawak berhasrat menjalinkan kerjasama dengan Norway dalam bidang pendidikan khususnya dalam bidang penangkapan dan penyimpanan karbon (CCS).
Dua institusi pendidikan di Bintangor terima geran UNIFOR RM310,000

BINTANGOR, 25 Ogos: Kerajaan Sarawak melalui Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) meluluskan peruntukan geran RM310,000 untuk dua institusi pendidikan di daerah ini.
Kejohanan dunia: Tiga beregu negara mara ke suku akhir
KUALA LUMPUR, 25 Ogos: Tiga beregu negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik (beregu lelaki), Pearly Tan-M.Thinaah (beregu wanita) dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei (beregu campuran) mara ke peringkat suku akhir Kejohanan Dunia 2023 di Royal Arena, Copenhagen, Denmark.
Kaedah penyimpanan karbon diteliti, ambil kira aspek geologi dasar laut – Abang Johari

OSLO, NORWAY, 25 Ogos: Kajian secara terperinci dan teliti akan dilaksanakan berhubung kaedah penyimpanan karbon agar bersesuaian dengan aspek geologi dasar laut perairan Sarawak.
Qari Malaysia, qariah Maghribi muncul juara tilawah antarabangsa ke-63

KUALA LUMPUR, 25 Ogos: Qari Malaysia Muhammad Qayyim Nizar Sarimi muncul juara bagi kategori lelaki pada Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-63 dengan catatan markah 94.96 peratus.
Agong dan Raja Permaisuri dijadual sertai ‘Kembara Kenali Borneo’ bermula 3 September

KUCHING, 25 Ogos: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menjelajah Sabah dan Sarawak menerusi ‘Kembara Kenali Borneo’.
TNB cadang tingkatkan pelaburan tenaga boleh baharu hampir enam kali ganda

BALI, 24 Ogos: Tenaga Nasional Bhd (TNB) bercadang meningkatkan pelaburan tenaga boleh baharu (TBB) sebanyak enam kali ganda sebagai persediaan kepada peralihan tenaga (ET) pada masa depan.