Jalur Gemilang, Bendera Sarawak laris di Kuching

KUCHING, 22 Ogos: Permintaan terhadap Jalur Gemilang dan bendera Sarawak kian meningkat, lebih-lebih lagi semakin hampir menjelangnya sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos, disusuli dengan sambutan Hari Malaysia pada 16 Sept nanti.
Thaksin boleh dapatkan pengampunan diraja

BANGKOK, 22 Ogos: Bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra boleh mendapatkan pengampunan diraja dan proses itu mengambil masa satu hingga dua bulan, kata Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pemulihan Sitthi Sutivong.
Dron kesan ladang ganja atas bukit, lima tan ganja dimusnahkan

JAKARTA, 22 Ogos: Badan Narkotik Nasional (BNN) Indonesia menyerbu ladang ganja tersembunyi seluas 1.2 hektar di Acheh semalam.
Lima nelayan asing tangkap ikan di perairan Malaysia ditahan

GEORGETOWN, 22 Ogos: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan lima nelayan warga asing dipercayai melakukan pelbagai kesalahan pada pemeriksaan ke atas sebuah bot nelayan tempatan di 24.7 batu nautika barat Pulau Kendi dekat sini semalam.
Taikun hartanah, Srettha Thavisin dipilih PM baharu Thailand

BANGKOK, 22 Ogos: Taikun hartanah Srettha Thavisin dipilih sebagai perdana menteri baharu Thailand, buat kali pertama jawatan itu disandang oleh rakyat biasa dalam tempoh lebih sembilan tahun.
Hilmy Othman dilantik Datuk Bandar DBKU yang baharu

KUCHING, 22 Ogos: Timbalan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Hilmy Othman akan dilantik sebagai Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) yang baharu.
Lawatan ke Indonesia erat hubungan Sarawak-Bogor

KUCHING, 22 Ogos: Lawatan delegasi Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak ke Bogor, Indonesia berharap dapat mengeratkan lagi hubungan antara dua bandar itu.
Kematian 10 mangsa nahas pesawat di Elmina diklasifikasikan sebagai SDR

SHAH ALAM, 22 Ogos: Polis setakat ini mengklasifikasikan kematian 10 mangsa yang terlibat dalam kejadian nahas pesawat terhempas berdekatan Bandar Elmina di Shah Alam, pada Khamis lepas dilaporkan sebagai kematian mengejut (SDR).
Johor berpotensi jadi hab industri hiliran lada – Fadillah

KULAI, 22 Ogos: Johor berpotensi menjadi hab industri hiliran untuk lada berikutan kedudukannya yang strategik dan dekat dengan Singapura, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Lelaki maut dilanggar kereta api

BUKIT MERTAJAM, 22 Ogos: Seorang lelaki ditemui maut dipercayai dilanggar kereta api di kawasan landasan berdekatan Taman Sri Kijang, Machang Bubuk di sini semalam.