Abang Johari adakan lawatan ke tiga negara Eropah bermula Isnin

KUCHING, 19 Ogos: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan mengadakan lawatan kerja selama seminggu ke Sweden, Norway dan London bermula Isnin.
Menurut kenyataan daripada pejabatnya yang dikeluarkan lewat malam tadi, lawatan ke Sweden bertujuan menanda aras perundangan dan pelaksanaan ombudsman di negara itu.