‘Mendiang Seliman pesan suruh saya ziarah dia’ – Mohamad Duri

KUCHING, 19 Ogos: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri meluahkan rasa kesedihan di atas pemergian mendiang Seliman Bandang yang telah meninggal dunia pada awal pagi tadi.
Nahas Elmina: Apit kerja keras untuk bantu kenduri kahwin adik – Rakan

KLANG, 19 Ogos: Allahyarham Muhammad Hafiz Muhammad Salleh, 32, penunggang p-hailing yang terkorban dalam nahas kapal terbang terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam Khamis lepas, bekerja keras untuk membantu persiapan kenduri kahwin adik perempuannya yang dijadualkan pada 26 Ogos ini.
Penganjuran sukan mampu bantu bangunkan ekonomi Sarawak – Abdul Karim

KUCHING, 19 Ogos: Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah yakin penganjuran sukan terutama di peringkat antarabangsa mampu membantu menjana ekonomi Sarawak seiring sektor pelancongan dan seni persembahan.
Remaja lelaki ditahan tunggang motosikal ala ‘Superman’, 56 diperiksa dalam Op Samseng di Sibu

SIBU, 19 Ogos: Seorang remaja lelaki ditahan manakala 56 individu termasuk tujuh wanita berusia 13 hingga 25 tahun diperiksa dalam Operasi (Op) Samseng Jalanan di Jalan Awang Ramli Amit dan Dataran Sibu di sini, malam tadi.
Lelaki pemadu tuai ba Malaysia, Seliman anak Bandang udah midang pagi tadi

SARATOK, 19 Ogos: Lelaki pemadu tuai ba Malaysia, Seliman anak Bandang, beumur 113 taun asal ari Rumah Mulok, Klua Krian ditu udah nadai ba Sepital Saratok, pukul 5.20 pagi tadi.
Seliman Bandang, lelaki tertua di Malaysia meninggal dunia pada usia 113 tahun

KUCHING, 19 Ogos: Seorang petani dari Rumah Panjang Mulok, Klua Krian, Saratok yang juga lelaki tertua di Malaysia, Seliman Bandang, meninggal dunia di Hospital Saratok kira-kira jam 5.20 pagi tadi pada usia 113 tahun.
Lelaki maut tersepit, pikap dipandu langgar pondok

MUKAH, 19 Ogos: Seorang lelaki maut selepas pikap dipandu melanggar sebuah pondok di Jalan Haji Latif dekat sini malam tadi.
Abang Johari adakan lawatan ke tiga negara Eropah bermula Isnin

KUCHING, 19 Ogos: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan mengadakan lawatan kerja selama seminggu ke Sweden, Norway dan London bermula Isnin.
Menurut kenyataan daripada pejabatnya yang dikeluarkan lewat malam tadi, lawatan ke Sweden bertujuan menanda aras perundangan dan pelaksanaan ombudsman di negara itu.
AASM 2023, platform Sarawak jana idea dan pengalaman dalam industri sukan

KUCHING, 19 Ogos: Seramai 500 peserta daripada 25 negara telah menyertai Persidangan Antarabangsa Asian Association for Sport Management 2023 (AASM 2023) yang bertemakan ‘Agenda Kemampanan Industri Sukan Asia Tindakan dan Pendidikan Menerusi Sukan’.
Piala Malaysia: Perak singkir KDA FC, Terengganu bergaya ke suku akhir

KUALA LUMPUR, 19 Ogos: Beraksi dengan 10 pemain tidak menghalang Perak FC untuk mengesahkan slot ke suku akhir Piala Malaysia biarpun tewas 1-2 kepada Kedah Darul Aman (KDA) FC dalam aksi kedua pusingan 16 terbaik, malam tadi.