‘Adik sayang mama,’ kata-kata terakhir juruterbang kepada ibu

KLANG, 18 Ogos: “Adik sayang mama,” itulah kata-kata terakhir yang dilafazkan oleh juruterbang pesawat jenis Beechcraft 390 (Premier 1) Shahrul Kamal Roslan dalam perbualan bersama ibunya dua bulan lalu sebelum terlibat dalam nahas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina Shah Alam, petang semalam.