Operasi di lokasi nahas pesawat disambung 9 pagi ini
SHAH ALAM, 18 Ogos: Operasi mengesan kemungkinan baki cebisan mayat mangsa nahas pesawat yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina di sini semalam disambung pada 9 pagi ini.
Lebih RM48,000 sumbangan peniaga Festival Makanan Kuching diserahkan kepada 18 badan amal
KUCHING, 18 Ogos: Sebanyak 18 badan amal menerima sumbangan amal berjumlah RM48,987.80 pada Malam Penyerahan Hadiah dan Sumbangan Amal 2023 anjuran Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) sempena Festival Makanan Kuching, semalam.
Autonomi pendidikan Sarawak dibincang dalam pertemuan TPM Fadillah dan Sagah
KUCHING, 18 Ogos: Autonomi pendidikan untuk Sarawak merupakan antara agenda yang dibincangkan dalam pertemuan antara Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Roland Sagah Wee Inn dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof di Putrajaya, semalam.
Nahas pesawat: Hanya satu mayat ditemukan dalam keadaan sempurna – KPN
SHAH ALAM, 18 Ogos: Hanya satu daripada 10 mayat mangsa nahas pesawat jenis BeeChcraft Model 390 (Premier 1) terhempas di Elmina, di sini, pada Khamis, ditemukan dalam keadaan sempurna, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.
Nahas pesawat: Suami pesan kebumikan di kampung halaman
KLANG, 18 Ogos: “Jika saya meninggal dunia, kebumikan saya di kampung halaman”, itu pesanan Khairil Azwan Jamaluddin, 43, yang merupakan antara yang tersenarai dalam senarai penumpang pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina Shah Alam, semalam.