Dua bekas pemain bola sepak negara menang PRN

KUALA LUMPUR, 12 Ogos: Dua bekas pemain bola sepak negara Baddrol Bakhtiar dan Muhamad Radhi Mat Din yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN), menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah yang diadakan hari ini.

Penyanyi Altimet menang di DUN Lembah Jaya

KUALA LUMPUR, 12 Ogos: Penyanyi rap terkenal Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau lebih dikenali dengan nama Altimet, menang di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya dengan majoriti 6,678 undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor, hari ini.

PRN: Keputusan tidak rasmi 3 – 3

KUALA LUMPUR, 12 Ogos : Keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu menyaksikan enam kerajaan negeri mempertahankan pentadbiran masing – masing.

Rasmi: PH-BN bentuk kerajaan di Negeri Sembilan

KUALA LUMPUR, 12 Ogos: Gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) mempertahankan Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Negeri, selepas memperoleh majoriti mudah 19 kerusi berdasarkan data keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya pada 10.12 malam ini.

PRN: Ketua Menteri Pulau Pinang pertahan DUN Padang Kota

GEORGE TOWN, 12 Ogos: Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow menepati ramalan bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Padang Kota bagi penggal keempat berturut-turut dengan majoriti 7,116 undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini.

Wanita Orang Asli dalam pantang mengundi sambil gendong bayi

GUA MUSANG, 12 Ogos: Seorang wanita Orang Asli yang dalam tempoh berpantang selepas melahirkan anak sulung hadir di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Betis di sini, untuk menunaikan tanggungjawab mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini.