Tahun 2022, lonjakan ketara ekonomi Sarawak – Abang Johari

KUCHING, 2 Ogos: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan tahun 2022 sebagai tahun bertuah bagi Sarawak yang mengalami lonjakan ketara dalam sektor ekonomi negeri ini.
Titik panas: 36 di Sarawak, 345 di Indonesia punca jerebu

KUCHING, 02 Ogos: Sebanyak 36 titik panas telah dikesan di negeri ini, manakala 345 pula di negara jiran, Indonesia, semalam (1 Ogos).
60 kontinjen sertai Kuching Street Parade Sabtu ini – Sebastian

KUCHING, 2 Ogos: Perarakan Kuching Street Parade pada Sabtu ini bakal dimeriahkan oleh 60 kontinjen terdiri daripada 2,000 peserta, kata Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Sebastian Ting.
IPD Kuching tumpaskan Geng Jalil dan Geng Piji

KUCHING, 2 Ogos: Pasukan Khas ‘Counter Aggressive Team’ (CAT) Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuching menumpaskan dua kumpulan penjenayah iaitu ‘Geng Jalil’ dan ‘Geng Piji’ yang terlibat dalam kegiatan pecah rumah dan curi kenderaan di sekitar Kuching.
Gadis berani panjat pagar rumah jiran untuk padam kebakaran

SIBU, 2 Ogos: Tindakan berani seorang remaja perempuan memanjat pagar rumah jirannya yang berkunci bagi memadam kebakaran perkakas dalam perkarangan kediaman itu berjaya memadam kebakaran di Lorong Teku Barat 4, Jalan Teku Barat di sini, pagi tadi.
Ladang buluh komersial seluas 1,000 hektar bakal dibuka di Bintulu – Abang Johari

KUCHING, 2 Ogos: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg optimis pembukaan ladang buluh komersial seluas 1,000 hektar di Bintulu berupaya menjadikan Sarawak sebagai hab pembangunan industri buluh berjaya di Malaysia.
Syarikat pembuatan keluli Korea Selatan minat melabur dalam tenaga baharu Sarawak – Awang Tengah

SEOUL, 2 Ogos: Syarikat pembuatan keluli dari Korea Selatan, Posco Holdings berhasrat ingin meneroka peluang pelaburan dalam sektor tenaga baharu termasuk hidrogen dan projek penangkapan dan penyimpanan karbon (CCS) di Sarawak, kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.
Suspek dua kes ragut rantai emas di Limbang berjaya ditahan

LIMBANG, 2 Ogos: Polis berjaya menahan suspek yang dipercayai terlibat dalam dua kes ragut rantai emas yang dilakukannya pada Februari dan April lepas.
Kes pembakaran terbuka di Sarawak meningkat

KUCHING, 2 Ogos: Kes pembakaran terbuka di Sarawak meningkat sekali ganda iaitu daripada 26 kepada 58 kes sejak dua minggu ini.
Kerajaan Sarawak alu-alukan minat swasta teroka tenaga hijau

KUCHING, 2 Ogos: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengalu-alukan inisiatif swasta dalam meneroka tenaga hijau sejajar dengan matlamat Kerajaan Sarawak.