Representasi Ahmad Zahid mohon gugur 47 pertuduhan belum diputuskan – AGC

KUALA LUMPUR, 1 Ogos: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa representasi dikemukakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk menggugurkan 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi (YAB) yang dihadapinya masih belum diputuskan.
Wanita melecur dibakar suami dengan petrol dalam perselisihan faham

GEORGE TOWN, 1 Ogos: Seorang wanita cedera parah dan melecur pada badan selepas dibakar suaminya dalam pertengkaran membabitkan hal keluarga di sebuah rumah di kawasan ladang kelapa sawit di Tasek Gelugor dekat sini semalam.
Kerajaan teliti keperluan wujud kerangka kawal selia AI – Fahmi

PUTRAJAYA, 1 Ogos: Kerajaan sedang meneliti keperluan untuk mewujudkan kerangka kawal selia teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi mengatasi masalah etika penggunaan berkaitan teknologi berkenaan, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Jumlah dagangan Sarawak 2022 catat nilai tertinggi baharu – Jabatan Perangkaan

KUCHING, 1 Ogos: Jumlah dagangan Sarawak melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh sedekad tahun lepas dengan mencatatkan prestasi luar biasa sebanyak RM217.2 bilion, menandakan pertumbuhan memberangsangkan sebanyak 44 peratus.
Lebih RM300,000 naik taraf sekolah, jalan raya dan perparitan di Meradong

BINTANGOR, 1 Ogos: Lebih RM300,000 peruntukan projek Transformasi Luar Bandar (RTP) diluluskan untuk menaik taraf infrastruktur di kawasan Meradong.