Kerajaan tumpu usaha tambah baik SSL, tingkat keterjaminan makanan – Anwar
KUALA LUMPUR, 27 Julai: Kerajaan akan memberi tumpuan kepada usaha untuk menambah baik Tahap Sara Diri (SSL) serta meningkatkan keterjaminan makanan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bantuan khas RM300 kepada penjawat awam, RM200 pesara
KUALA LUMPUR, 27 Julai: Kerajaan akan menyediakan bantuan khas penghargaan RM300 kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
BNM, SC akan perkukuh kewangan islam Malaysia menerusi MIFC – PM Anwar
Beliau berkata, usaha ini akan lebih menekankan kepada pembiayaan ekuiti termasuk modal teroka, pendanaan awam ekuiti, ekonomi digital Islam, kewangan sosial Islam termasuk zakat, wakaf dan sadaqah, serta kaedah ‘blended finance’ yang menggunakan dana daripada sumbef lebih meluas.
Malaysia sasar berada di kedudukan 30 ekonomi terbesar dunia menjelang 2033 – PM Anwar
KUALA LUMPUR, 27 Julai: Malaysia menyasar meningkatkan ekonominya menjadi antara 30 ekonomi terbesar di dunia dalam tempoh 10 tahun naik ke tangga ke-30 daripada kedudukan ke-37 dalam data Bank Dunia pada 2022 dengan menumpukan kepada penyerantauan dan daya saing yang lebih besar, mengutamakan kerumitan ekonomi dan meningkatkan rantaian nilai, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tingkatan Enam: Kuasa autonomi, pendedahan dan latihan secukupnya kepada pengetua
KUALA LUMPUR, 27 Julai: Sesi kemasukan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke Tingkatan Enam pada 17 Julai lepas merupakan pengambilan terakhir kendalian Kementerian Pendidikan (KPM) apabila kuasa tersebut diserahkan kepada pengetua sekolah atau pengetua Kolej Tingkatan Enam berkuat kuasa serta-merta.