Pameran Digital 60 Tahun Sarawak Merdeka di Kota Samarahan rekod pengunjung tertinggi

KOTA SAMARAHAN, 17 Julai: Pameran Digital Bahagian Kota Samarahan bersempena Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka mencatatkan rekod kehadiran pengunjung tertinggi berbanding bahagian lain dengan lebih daripada 10,000 pengunjung sepanjang tiga hari penganjurannya.
Brazil berminat SAF berasaskan alga dihasilkan Sarawak

KUCHING, 17 Julai: Duta Besar Brazil ke Malaysia, TYT Ary Nortan De Murat Quitella menyatakan minatnya terhadap Bahan Api Penerbangan Mampan (SAF) berasaskan alga yang dihasilkan Sarawak.
Warga emas gigih jual petrol dalam botol demi tambah pendapatan keluarga

KOTA SAMARAHAN, 17 Julai: Stesen minyak terletak terlalu jauh yang kadang-kala menyebabkan penduduk di sekitar Kampung Tebelu, Sebuyau, terpaksa menolak motosikal kerana kehabisan petrol.
Dua penerjun Sarawak mara ke final kejohanan dunia

KUCHING, 17 Julai: Dua penerjun Sarawak, Enrique Maccartney Harold dan Bertrand Rhodict Lises mara ke final acara terjun 10 meter lelaki seirama pada Kejohanan Akuatik Dunia di Fukuoka, Jepun.
25 unit rumah pekerja kilang papan di Sibu terbakar

SIBU, 17 Julai: Sebanyak 25 unit kediaman pekerja kilang papan milik syarikat tempatan di Jalan Tanjung Kunyit-Paradom di sini, terbakar pagi tadi.