Peluru mortar dijumpai di Padang Polo

IPOH, 1 Julai: Seorang lelaki menjumpai satu objek yang menyerupai peluru mortar ketika sedang beriadah di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz atau Padang Polo, di sini pada Jumaat.
Waspada jika tawaran badal haji terlalu murah

KUALA LUMPUR, 1 Julai: Rakyat Malaysia diingatkan supaya berwaspada dan membuat semakan apabila menerima tawaran perkhidmatan badal haji dengan harga terlalu rendah berbanding harga pasaran bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.
Gempa bumi berskala 6.4 magnitud gegar Yogyakarta, Indonesia

JAKARTA, 1 Julai: Gempa bumi berukuran 6.4 magnitud menggegarkan wilayah Yogyakarta, Indonesia tepatnya 86 kilometer dari kawasan Bantul, pada Jumaat.
Slogan ‘Segulai Sejalai’ semai perpaduan, pacu pembangunan mampan Sarawak

LUNDU, 1 Julai: Slogan ‘Segulai Sejalai’ yang baru-baru ini diangkat sebagai cogan kata semai perpaduan negara oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat mampu memacu pembangunan mampan di Sarawak.
Autonomi kesihatan siapkan Sarawak menuju Masyarakat Menua pada 2027 – Dr Sim

LUNDU, 1 Julai: Pengambilalihan semula kuasa autonomi daripada Kerajaan Persekutuan dalam bidang kesihatan amat penting bagi mempersiapkan sarawak menuju ke arah Masyarakat Menua pada 2027.