Jemaah Haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH, 26 Jun: Seramai 31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah secara berperingkat bermula 7 pagi waktu Arab Saudi, hari ini untuk ibadah wukuf yang merupakan kemuncak haji pada esok, 9 Zulhijjah (27 Jun).

Mahkamah The Hague putuskan esok tuntutan kumpulan Sulu kuat kuasa award US$14.9 bilion terhadap Malaysia

KUALA LUMPUR, 26 Jun: Mahkamah Rayuan The Hague di Belanda akan memutuskan esok mengenai permohonan kumpulan Sulu untuk pengiktirafan dan penguatkuasaan tuntutan award sebanyak US$14.9 bilion (RM62.59 bilion) terhadap Malaysia yang dikatakan diperoleh melalui proses timbang tara pada Februari tahun lepas.