DAP tidak berhasrat calonkan Tony Pua dalam PRN – Loke

PUTRAJAYA, 25 Jun: DAP tidak akan meletakkan bekas Setiausaha Publisitinya Tony Pua sebagai calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, malah Pua juga tidak ada menyatakan minat mewakili DAP dalam pilihan raya, kata Setiausaha Agung parti itu Anthony Loke.