Astana buat laporan polis, sebar berita palsu mengenai status kesihatan Tun Taib

KUCHING, 23 Jun: Pihak Astana Negeri hari ini membuat laporan polis berhubung hantaran berita palsu di media sosial dan aplikasi WhatsApp menyentuh perihal status kesihatan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di Balai Polis Gita, di sini.