PRN: Parti politik diberi peringatan tidak sentuh isu 3R

PUTRAJAYA, 22 Jun: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberi peringatan kepada parti politik yang terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) supaya tidak menyentuh isu sensitif melibatkan agama (religion), raja (royalty) dan kaum (race).
Sarawak tekankan kepentingan selaras strategi pelancongan mampan

KUCHING, 22 Jun: Sarawak menekankan pentingnya Malaysia untuk menyelaraskan strategi pelancongan dengan mampan bagi meningkatkan manfaat dan mengurangkan kesan negatif disebabkan oleh destinasi pelancongan.
Tujuh maut akibat di panah petir di Bengal Barat, India

NEW DELHI, 22 Jun: Tujuh orang, termasuk tiga kanak-kanak maut akibat di panah petir dalam dua kejadian di Bengal Barat di timur India pada Rabu, kata seorang pegawai kerajaan negeri.
Sarawak catat resit pelancongan RM4.11 bilion lima bulan pertama 2023

KUCHING, 22 Jun: Sarawak merekodkan resit pelancongan berjumlah RM4.11 bilion bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini, kata Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.
Tiada kontroversi soal penggantian Acryl – Saifuddin Nasution

PUTRAJAYA, 22 Jun: Seorang pegawai polis mahupun penjawat awam yang dilantik secara kontrak boleh ditamatkan atau dipendekkan perkhidmatannya pada bila-bila masa, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Letupan di restoran barbeku di China ragut 31 nyawa

YINCHUAN, 22 Jun: Seramai 31 orang terbunuh manakala 38 lagi cedera dalam kejadian letupan di restoran barbeku di Yinchuan, dekat Wilayah Autonomi Ningxia Hui pada Rabu, lapor Xinhua.
Malam Kesenian sempena Bazar Gawai 2023 berlangsung meriah

KUCHING, 22 Jun: Acara Malam Kesenian sempena Bazar Gawai 2023 yang berlangsung di pekarangan Dewan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) malam tadi berjaya menarik ramai pengunjung.
Bekas teman wanita pemain bola sepak Sabah FC ditahan polis

KOTA KINABALU, 22 Jun: Seorang wanita ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan kes merosakkan pintu rumah bekas teman lelaki yang juga pemain bola sepak Sabah FC.
Skim Perubatan MADANI ringankan beban rawatan kesihatan golongan B40

KUALA LUMPUR, 22 Jun: Skim Perubatan MADANI yang menawarkan rawatan percuma bermula 15 Jun lepas sangat membantu penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan golongan B40 mengurangkan bebanan kewangan dalam mendapatkan rawatan kesihatan di klinik swasta.
Euro kekal mata wang rizab kedua penting di dunia – Laporan

FRANKFURT, 22 Jun: Euro mengekalkan peranan sebagai mata wang kedua paling penting di dunia selepas dolar Amerika Syarikat (AS) dalam tahun yang mencatatkan inflasi yang tinggi dan pencerobohan berterusan Rusia ke atas Ukraine, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).