Kuching City FC ikat penyerang baharu

KUCHING, 13 Jun: Kuching City FC mengumumkan membawa masuk penyerang baharu, Bruno Dybal ke dalam pasukan itu untuk menghadapi pusingan kedua Liga Super.
17 kes berkaitan rokok elektronik dikesan – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 13 Jun: Kementerian Kesihatan (KKM) telah menerima sejumlah 17 kes berkaitan rokok elektronik (EVALI) setakat bulan ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan.
Bangunkan Balingian sebagai bandar satelit – Abdul Yakub

BALINGIAN, 13 Jun: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Abdul Yakub Arbi meluahkan hasrat agar kawasan ini dapat dibangunkan sebagai sebuah bandar satelit di Sarawak.
Janji palsu, rasuah antara faktor golongan muda berdepan defisit kepercayaan

BANGI, 13 Jun: Budaya memberikan janji palsu dan fatwa mengikut selera politik serta amalan rasuah dalam kalangan pemimpin menjadi antara faktor golongan muda berdepan defisit kepercayaan terhadap kerajaan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
10 maut, 41 hilang akibat kemusnahan Empangan Kakhovka

KYIV, 13 Jun: Angka korban banjir yang berpunca akibat kemusnahan empangan di Wilayah Kherson, Ukraine yang kini dikawal Rusia meningkat kepada 10 orang.
Mayat lelaki ditemui dengan 10 kesan tikaman

NIBONG TEBAL, 13 Jun: Seorang lelaki dipercayai warga asing ditemui mati dengan 10 kesan tikaman pada badan di kawasan taman awam, Central Island Park, Aspen City di Batu Kawan dekat sini hari ini.
Malaysia peroleh komitmen pelaburan bernilai RM8.3 bilion semasa Minggu Teknologi London – Fahmi

LONDON, 13 Jun: Malaysia meraih komitmen pelaburan sebanyak RM8.3 bilion dalam pelbagai sektor teknologi digital semasa misi pelaburan ke Minggu Teknologi London 2023 yang diketuai Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Pelbagai acara menarik sempena Carnival Gawai REDEEMS 2023

KUCHING, 13 Jun: Orang ramai dijemput memeriahkan Carnival Gawai REDEEMS 2023 (GCR 2023) yang akan berlangsung bermula 7 hingga 9 Julai depan.
Sarawak anjur simposium antarabangsa bincang atasi ketagihan dadah

KUCHING, 13 Jun: Penganjuran Simposium Pemulihan Antarabangsa (IRS) 2023 oleh Kerajaan Sarawak pada 18 hingga 21 September depan membuktikan komitmen untuk menangani isu dadah dan substans (MIDS), kata Dato Sri Fatimah Abdullah.
SAGO Incubator bantu kembangkan usahawan makanan dan minuman di Sarawak

KUCHING, 13 Jun: Program Sarawak Gastronomi (SAGO) Incubator yang dianjurkan dengan kerjasama Kerajaan Sarawak memberi nilai tambah kepada usahawan bidang makanan dan minuman di sini.