Nilai eksport kayu, produk kayu meningkat 33 kali ganda dalam tempoh 50 tahun – Fadillah

KUALA LUMPUR, 9 Jun: Nilai eksport kayu dan produk kayu Malaysia telah meningkat 33 kali ganda kepada RM25.2 bilion pada 2022 berbanding RM749 juta pada 1973 di bawah pimpinan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.