Perkhidmatan kesihatan ditawarkan Malaysia terus dipercayai rakyat Indonesia

JAKARTA, 2 Jun: Malaysia masih diberi kepercayaan rakyat Indonesia untuk mendapatkan penjagaan kesihatan berkualiti sebagai alternatif untuk melengkapkan rawatan sedia ada di sini.
Generasi muda digesa teruskan amalan kunjung-mengunjung ketika perayaan

MIRI, 2 Jun: Generasi muda digesa meneruskan amalan tradisi kunjung-mengunjung ketika sambutan perayaan di Sarawak yang dilihat boleh memupuk keharmonian dan perpaduan rakyat serta juga apa yang menjadikan rakyat Sarawak bersatu.
APG 2023: Atlet para di landasan tepat capai 33 pingat emas

PHNOM PENH, 2 Jun: Kontinjen negara disifatkan berada dalam landasan tepat untuk mencapai 33 pingat emas disasarkan pada temasya Sukan Para ASEAN (APG) ke-12 yang bakal membuka tirai di sini, esok, hingga 9 Jun ini.
80 penghuni hilang tempat tinggal, 12 pintu Rh Nglai Usit musnah

SIBU, 2 Jun: Kira-kira 80 penduduk hilang tempat tinggal selepas rumah panjang 12 pintu di Rh Nglai Usit di Jalan Dudong dekat sini musnah dalam kebakaran pada malam Khamis.
Promosikan Perarakan Gawai Kampung Taee ke peringkat antarabangsa

BANYAK yang diperkatakan dengan Perarakan Gawai Kampung Taee dekat Serian. Tidak keterlaluan jika dikatakan Gawai untuk kawasan Kuching pada 1 Jun tertumpu dengan upacara berkenaan.
CPTPP: Fasa baharu dalam hubungan dua hala Malaysia-UK – TPM Fadillah

LONDON, 2 Jun: Penyertaan United Kingdom (UK) dalam Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) tidak lama lagi akan menyediakan tahap untuk fasa baharu dalam hubungan dua hala Malaysia dan United Kingdom, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Pendekatan holistik diperlukan untuk tangani serangan siber – Fahmi

KUALA LUMPUR, 2 Jun: Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata satu pendekatan keselamatan siber yang holistik diperlukan merangkumi orang ramai, proses dan teknologi dalam usaha menangani isu serangan siber di negara ini.
Satu maut, dua cedera ringan akibat dipanah petir ketika memikat burung

KUALA TERENGGANU, 2 Jun: Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera ringan selepas dipanah petir ketika sedang memikat burung di kawasan tanah lapang di Kampung Padang Tanjung, Marang, dekat sini, pada Khamis.
Pelaksanaan Fasa 1 JENDELA berjaya, lepasi sasaran ditetapkan – MCMC

KUALA LUMPUR, 2 Jun: Pelaksanaan Fasa 1 Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) (2020-2022) telah melepasi sasaran kawasan liputan perangkaian, kelajuan rangkaian mudah alih dan kesalinghubungan gentian yang ditetapkan.
15 pekerja Indonesia hilang tempat tinggal, rumah musnah dalam kebakaran

BINTANGOR, 2 Jun : Seramai 15 orang pekerja warga Indonesia tinggal sehelai sepinggang selepas rumah jenis tidak kekal yang didiami mereka musnah dalam satu kebakaran di Jalan Kelupu di sini, semalam.