Timbalan Menteri Sarawak dikasari kerana menegur empat individu mencurigakan

KUCHING, 1 Jun: Kerana menegur empat individu yang dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan perumahan Tabuan Jaya di sini, seorang Timbalan Menteri Sarawak dikasari menyebabkannya calar dan kesakitan pada bahagian belakang badan.
Dari Johor sanggup datang Sarawak rasai sendiri pengalaman sambut Gawai

KUCHING, 1 Jun: Pengalaman yang sangat berharga. Itu yang dicari seorang warga Johor, Yuwanis yang sanggup datang ke Kuching untuk merasai sendiri pengalaman menyambut Hari Gawai Dayak.
Hari Gawai Dayak menyatukan rakyat berbilang kaum – Nanta

KUCHING, 1 Jun: Perayaan Hari Gawai Dayak merupakan platform untuk mengeratkan perpaduan rakyat berbilang kaum di Sarawak.
Malaysia destinasi mesra muslim terbaik OIC

PUTRAJAYA, 1 Jun: Malaysia diumumkan sebagai ‘Destinasi Mesra-Muslim Terbaik’ Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan ‘Destinasi Mesra-Wanita Muslim Terbaik’ oleh CrescentRating dan Mastercard pada Halal in Travel Awards yang diadakan di Singapura hari ini.
FTA Malaysia-EU tertangguh pada 2012, EUDR akan jadi aspek penting dalam rundingan baharu – TPM Fadillah

LONDON, 1 Jun: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata Malaysia berminat dan akan mempertimbangkan semula perjanjian perdagangan dengan Kesatuan Eropah (EU) yang tertangguh pada 2012, jika ia memberi layanan yang adil terhadap minyak sawit negara.
Sabah terima RM320.25 juta daripada Kerajaan Persekutuan atasi masalah air

KOTA KINABALU, 1 Jun: Bantuan kewangan RM320.25 juta daripada Kerajaan Persekutuan kepada Sabah akan mempercepatkan rancangan jangka pendeknya untuk menyelesaikan masalah air di negeri ini, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.
Remaja memandu kereta tanpa lesen ditahan polis

BUKIT MERTAJAM, 1 Jun: Remaja lelaki, rakan dan ibunya ditahan polis semalam selepas remaja tersebut didapati memandu sebuah kereta tanpa lesen di Jalan Rozhan, Machang Bubok di sini.
Abang Johari ‘ngabang’ Gawai ke rumah pengarah TROPI

KUCHING, 1 Jun: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ‘ngabang’ (berkunjung) ke Rumah Terbuka Gawai Dayak Pengarah Institut Penyelidikan Tanah Gambut Sarawak (TROPI), Datu Dr Lulie Melling di sini, hari ini.
Tradisi rumah terbuka perayaan platform eratkan perpaduan – Uggah

KUCHING, 1 Jun: Tradisi kunjung-mengunjung serta rumah terbuka setiap perayaan termasuk Hari Gawai Dayak merupakan peluang untuk mengeratkan lagi perpaduan antara penduduk berbilang kaum dan agama.
Penunggang motosikal maut tersepit bawah kereta

BINTULU, 1 Jun: Seorang penunggang motosikal maut tersepit di bawah kereta dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di simpang Kampung Jepak, di sini, hari ini.