Sarawak komited capai status bebas rabies menjelang 2030 – Dr Sim

KUCHING, 24 Mei: Meskipun jumlah kes rabies dalam kalangan manusia di Sarawak disifatkan sebagai membimbangkan, Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Dr Sim Kui Hian berkata kerajaan negeri kekal komited untuk menghapuskan wabak itu menjelang 2030, selaras dengan sasaran Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).