Lawatan Perdana Menteri ke 9 negara tarik potensi pelaburan bernilai RM184.73 bilion

KUALA LUMPUR, 23 Mei: Misi penggalakan pelaburan dan perdagangan serta lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke sembilan buah negara dari Januari hingga Mac 2023 telah berjaya menarik potensi pelaburan dianggarkan berjumlah RM184.73 bilion serta potensi eksport bernilai RM3.22 bilion.
Perlu analisis mendalam terhadap prestasi suram Sukan SEA Kemboja

KUALA LUMPUR, 23 Mei: Pihak berkepentingan yang terlibat dalam kancah sukan negara perlu mengakui kelemahan sukan tempatan dan berusaha mencari cara untuk kembali menjadi antara pencabar pingat di Sukan SEA, selepas episod suram di Kemboja baru-baru ini.
Malaysia komited pertingkat keupayaan industri pertahanan – Mohamad

LANGKAWI, 23 Mei: Malaysia komited untuk meningkatkan keupayaan dalam industri pertahanan melalui kerjasama serantau.
Kerajaan sedia pelbagai program bantu usahawan, wanita digalak turut serta – Sharifah Hasidah

KUCHING, 23 Mei: Golongan wanita digalakkan untuk menceburi diri ke dalam bidang keusahawanan dengan menjadikan kejayaan usahawan golongan hawa lain yang berjaya sebagai sumber inspirasi.
LIMA’23 sedia platform terbaik beri nafas baharu kepada industri Maritim, Aeroangkasa – Loke

LANGKAWI, 23 Mei: Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA’23) akan menyediakan satu daripada platform antarabangsa terbaik untuk memberikan nafas baharu kepada industri maritim dan aeroangkasa yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.