Perpaduan jadikan Sarawak relevan amal sifat ‘wasatiyyah’ – Abang Johari

KUCHING, 18 Mei: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan Sarawak relevan untuk mengamalkan sifat wasatiyyah (sederhana) bersandarkan negeri ini memiliki perpaduan dan masyarakat yang majmuk.
Hidrogen Sarawak bertaraf premium, dihasilkan menggunakan kaedah mesra alam

KUCHING, 18 Mei: Hidrogen dihasilkan Sarawak bertaraf premium berbanding yang dihasilkan di negara-negara lain, kata Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak Dr Hazland Abang Hipni.
DUN Sarawak: JKR selenggara jalan balak jika pelesen tamat operasi

KUCHING, 18 Mei: Jabatan Kerja Raya Sarawak (JKR) akan menyelenggara jalan-jalan balak yang telah ditinggalkan oleh pelesen balak berikutan penamatan operasi mereka di kawasan berkaitan, kata Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh.
Nikmati panorama Tasik Bakun di atas Shivau Cruise

BELAGA, 18 Mei: Shivau Cruise yang menyelusuri sungai di sini bakal memberi pengalaman baharu kepada pencinta alam semula jadi yang ingin menikmati panorama Tasik Bakun di atas jelatong bergerak berkenaan.
DUN Sarawak: Kerajaan Sarawak belum ada perancangan buka kasino dalam masa terdekat

KUCHING, 18 Mei: Di sebalik kehangatan cerita mengenai cadangan pembukaan kasino di Borneo Highlands di sini baru-baru ini, Kerajaan Sarawak belum ada perancangan melaksanakan pembinaannya dalam masa terdekat.
Ekspedisi Orang Asal Sarawak ke Kuala Lumpur, promosi budaya unik Borneo – Roy Angau

KUCHING, 18 Mei: Ekspedisi Orang Asal Sarawak oleh Gabungan Orang Asal Sabah Sarawak (GOASS) dilihat sebagai platform untuk mengetengah dan mempromosi budaya Borneo bukan sahaja di peringkat Malaysia malah ke mata dunia.
Bilik media DUN bukan pentas promosi parti – Pemuda GPS

KUCHING, 18 Mei: Pemuda Gabungan Parti Sarawak (GPS) meluahkan rasa kecewa susulan Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) mengadakan sidang media di bilik media, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak untuk mempromosikan parti mereka.
Kapal kargo batu kelikir ditahan di Tanjung Manis, gagal kemuka Pas Pelepasan Pelabuhan

KUCHING, 18 Mei: Sebuah kapal kargo dengan muatan batu kelikir telah ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Tanjung Manis, kelmarin berikutan gagal mengemukakan dokumen Pas Pelepasan Pelabuhan ketika diperiksa.
Firefly lancar penerbangan terus Kota Kinabalu-Kuching

KUCHING, 18 Mei: Firefly telah melancarkan penerbangan terus dari Kota Kinabalu ke Kuching bermula 16 Mei lepas.
DUN Sarawak: Persempadanan semula pilihan raya dijangka tahun ini

KUCHING, 18 Mei: Proses persempadanan semula bahagian pilihan raya di Sarawak dijangka akan dilakukan pada tahun ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perhubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.