Dua remaja dikhuatiri lemas dibawa arus Sungai Rajang
SIBU, 12 Mei: Dua remaja lelaki dikhuatiri lemas selepas dilapor hilang dibawa arus di Sungai Rajang berhampiran Wharf pekan Durin di sini pada Jumaat.
Sukan SEA: Kuartet 4x400m tamat kemarau 10 tahun raih pingat
Kuartet dibarisi juara 400m Sukan SEA 2023, Umar Osman, Abdul Wafiy Roslan, Muhammad Firdaus Mohamad Zemi dan S. Tarshan merekodkan masa tiga minit dan 08.82 saat (s) untuk merangkul gangsa, sekali gus menyamai pencapaian Malaysia yang kali terakhir memenangi pingat acara tersebut pada edisi 2013 di Myanmar.
Kerajaan Perpaduan tidak pernah melupakan agenda Melayu dan Islam – Ahmad Zahid
Presiden UMNO itu berkata perjuangan Kerajaan Perpaduan adalah selari dengan objektif penubuhan dan perjuangan UMNO iaitu untuk agenda Melayu serta Islam, dan pada masa yang sama kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu juga tidak akan mengenepikan agenda agama dan bangsa lain dalam negara.
JKDM serah laporan rampasan heroin RM789.56 juta di Australia kepada PM
BUTTERWORTH, 12 Mei: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah menyerahkan laporan berhubung kes rampasan 336 kilogram (kg) dadah jenis heroin dari negara ini oleh pihak berkuasa Australia kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1 tan pil ekstasi dalam kontena dari Eropah dirampas
BUTTERWORTH, 12 Mei: Sindiket penyeludupan lebih 1 tan pil ekstasi dianggarkan lebih RM78 juta terbongkar selepas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) melakukan pemeriksaan di Pelabuhan Kontena Butterworth Utara (NBCT) di sini, Sabtu lalu.