Pertumbuhan IPP Malaysia meningkat 3.1 peratus pada Mac 2023 – DOSM

KUALA LUMPUR, 9 Mei: Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia meningkat 3.1 peratus pada Mac 2023, dipacu pengembangan 4. 1 peratus dalam sektor pembuatan dan pemulihan sebanyak 0.8 peratus dalam sektor perlombongan, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.

Saya akan bangkit – Kilat Boy

KUCHING, 9 Mei: Petinju kebangsaan, Daeloniel McDelon Bong yang tewas pada pusingan pertama kategori 54 kilogram (kg) Sukan SEA 2023 Kemboja semalam berjanji akan bangkit pada kejohanan seterusnya.

Pemandu lori maut dihempap kayu balak

GUA MUSANG, 9 Mei: Seorang pemandu lori maut dihempap kayu balak ketika cuba menurunkan batang balak berkenaan di sebuah kilang papan di kawasan perindustrian Gua Musang, di sini semalam.

Kontinjen negara kekal di kedudukan ketujuh

PHNOM PENH, 9 Mei: Malaysia kekal berada di kedudukan ketujuh selepas berakhir hari ketiga temasya Sukan SEA 2023 apabila kontinjen negara sekadar menambah empat lagi pingat emas hari ini.