Lebih 500 lot kediaman disediakan menerusi Skim Pembesaran Kampung di Daro

DARO, 8 Mei: Komitmen kerajaan Sarawak dalam menyediakan keselesaan rakyat terus terserlah melalui kelulusan satu lagi Skim Pembesaran Kampung (SPK) baharu di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Daro.
Dakwaan kebanjiran pekerja asing, Jabatan Tenaga Kerja pelawa penduduk Baleh isi jawatan kosong

KUCHING, 8 Mei: Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sarawak bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Sarawak akan mengadakan temuduga khas untuk warga tempatan yang tinggal di sekitar Baleh pada 12 hingga 13 Jun ini.
Sukan SEA: Kem pelayaran capai sasaran dua emas, pulang dengan senyuman

PHNOM PENH, 8 Mei: Skuad pelayaran kebangsaan mampu pulang dengan senyuman selepas mencapai sasaran dua pingat emas di Sukan SEA 2023 pada hari terakhir saingan di Sihanoukville Boulevard dalam Wilayah Sihanoukville yang terletak kira-kira 200 kilometer dari sini.
20,000 jam kerja diluangkan untuk kumpul input PCDS 2030 – Abang Johari

KUCHING, 8 Mei: Kerajaan Sarawak meluangkan lebih 20,000 jam kerja untuk melibatkan lebih 1,000 pihak berkepentingan daripada sektor awam dan swasta bagi mempersiapkan Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 2030 (PCDS 2030) di negeri ini.
Penggunaan pili bomba perlu melalui pihak berkuasa bekalan air – Pengarah Bomba Sarawak

KUCHING, 8 Mei: Penggunaan pili bomba untuk kawasan yang mengalami masalah bekalan air perlu melalui pihak berkuasa bekalan air, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Datu Khirudin Drahman.
Sarawak mohon peruntukan tambahan untuk pemetaan geologi dan kajian sumber mineral

PUTRA JAYA, 8 Mei: Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan memohon peruntukan tambahan daripada Kerajaan Persekutuan untuk tujuan pemetaan geologi dan kajian sumber mineral di Sarawak
Abang Johari bertemu diaspora Sarawak sempena lawatan kerja di London

LONDON, 8 Mei: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang menghadiri majlis makan malam bersama diaspora Sarawak di Rumah Sarawak di sini, semalam.
Pelajar tingkatan 1 maut, bapa parah dalam nahas jalan raya di Julau

JULAU, 8 Mei: Seorang pelajar lelaki Tingkatan 1 maut apabila motosikal yang ditunggang bersama ayahnya hilang kawalan sebelum merempuh pembahagi jalan di Kilometer 502, Jalan KJD Julau dekat sini pada Ahad.
Tentuka kandang rumah enda repa sereta mudah angus

SIBURAN, 8 Mei: Mensia mayuh dilalau patut ngemeratka pemeresi ba kandang rumah enggau patut nentuka kandang rumah sida enda kelalu repa dikena nyeliahka penusah angus.
Sarawak Skills cadang mulakan Pusat Latihan Kenderaan Elektrik, Hidrogen

KUCHING, 8 Mei: Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (Sarawak Skills) bercadang untuk memulakan program Pusat Latihan Bertauliah untuk Kenderaan Elektrik Hibrid (HEV), Kenderaan Elektrik (EV) dan Kenderaan Hidrogen.