Upacara perasmian Sukan SEA Kemboja 2023 gah, penuh meriah

PHNOM PENH, 6 Mei: Penantian 64 tahun Kemboja untuk menjadi tuan rumah Sukan SEA berakhir dengan upacara perasmian temasya dwitahunan terbesar Asia Tenggara itu bertemakan ‘Sports: Live In Peace’ berlangsung dalam suasana yang cukup gah dan penuh meriah di sini, malam tadi.