Ras Adiba seru masyarakat jadi mata dan telinga pihak berkuasa, elak kes aniaya anak OKU berulang
KUALA LUMPUR, 4 Mei: Senator Datuk Ras Adiba Radzi meminta masyarakat agar menjadi mata dan telinga pihak berkuasa bagi mengelakkan kes penganiayaan terhadap anak-anak dalam kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) berulang.
Presiden OKU Sentral itu berkata beliau akan terus memperjuang nasib anak-anak OKU agar kejadian yang berlaku kepada remaja sindrom Down Bella tidak berulang.
Che’ Puan Besar Khaleeda rakam penghargaan kepada semua pihak yang prihatin nasib Bella
JOHOR BAHRU, 4 Mei: Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam merakamkan penghargaan kepada aktivis, peguam lantikan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, pasukan pendakwaan dan individu yang prihatin dengan kes remaja perempuan sindrom Down, dikenali sebagai Bella.
Menerusi hantaran di laman Instagram, Che’ Puan Besar Khaleeda bertitah baginda dan Tunku Ismail amat prihatin terhadap kes tersebut dan berpandangan ia perlu dijadikan pengajaran oleh semua pihak serta berharap kes seumpama itu tidak lagi berulang.
TMJ titah semua padang JDT dinaik taraf
JOHOR BAHRU, 4 Mei: Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menitahkan agar semua padang bola sepak milik kelab itu dinaik taraf.
JDT menerusi hantaran di laman Facebook Johor Southern Tigers memaklumkan bahawa baginda mengeluarkan titah itu kerana tidak berpuas hati dengan kualiti padang Harimau Selatan ketika ini.
Pingat PNBB kepada MALBATT 850-10 pengiktirafan buat pasukan tentera negara – Mohamad
KUALA LUMPUR, 4 Mei: Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Negara Bangsa-Bangsa Bersatu (PNBB) kepada anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-10 yang bertugas di Lubnan semalam merupakan pengiktirafan terhadap kemampuan pasukan tentera negara dalam memelihara keamanan sejagat.